Pembaharuan PMA Online
Assalamualaikum WBT Disini saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan proses pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA). Seperti yang diumumkan pada 11 Mei 2022, urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah melalui secara atas talian (Online) sahaja. Namun begitu, pasport yang sedia ada (pasport lama) mestilah dalam keadaan baik (tidak rosak) seperti basah terkena air, terdapat kesan contengan, terbakar, terkoyak atau terdapat cop "fancy" pada muka surat pasport sekiranya pasport korang masih dalam tempoh sahlaku. Walau bagaimanapun, bagi Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang telah tamat tempoh sahlaku dan terdapat kerosakan, masih boleh diterima bagi proses pembaharuan secara atas talian (online). Jika pasport korang masih dalam tempoh sahlaku dan terdapat kerosakan, korang perlu ke kaunter PMA secara walk-in bagi urusan pembaharuan. Bagi kes kehilangan PMA sama ada PMA korang sudah tamat tempoh atau masih sahlaku pula, korang juga perlu hadir secar...