Pembaharuan PMA Online
Assalamualaikum WBT
Disini saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan proses pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA). Seperti yang diumumkan pada 11 Mei 2022, urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah melalui secara atas talian (Online) sahaja.
Namun begitu, pasport yang sedia ada (pasport lama) mestilah dalam keadaan baik (tidak rosak) seperti basah terkena air, terdapat kesan contengan, terbakar, terkoyak atau terdapat cop "fancy" pada muka surat pasport sekiranya pasport korang masih dalam tempoh sahlaku.
Walau bagaimanapun, bagi Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang telah tamat tempoh sahlaku dan terdapat kerosakan, masih boleh diterima bagi proses pembaharuan secara atas talian (online).
Jika pasport korang masih dalam tempoh sahlaku dan terdapat kerosakan, korang perlu ke kaunter PMA secara walk-in bagi urusan pembaharuan. Bagi kes kehilangan PMA sama ada PMA korang sudah tamat tempoh atau masih sahlaku pula, korang juga perlu hadir secara walk-in ke kaunter PMA. Jika korang buat pembaharuan secara atas talian (online), permohonan korang akan dibatalkan dan menyebabkan duit korang "burn".
Ini kerana, proses pembaharuan pasport rosak atau hilang adalah berbeza daripada proses pembaharuan secara atas talian (online) mahupun pembaharuan di kaunter PMA dan akan menyebabkan wujudnya pertindihan permohonan atau "dwi permohonan" yang akan menyebabkan proses permohonan pembaharuan tersekat.
Berikut adalah kriteria individu yang perlu untuk melakukan proses pembaharuan PMA secara atas talian:
1. Berumur 13 tahun hingga 59 tahun
Bagi permohonan secara walk-in, berikut adalah kriterianya:
1. Permohonan kali pertama.
2. Pasport rosak masih dalam tempoh sah laku.
3. Pasport hilang samaada masih dalam tempoh sahlaku atau telah tamat tempoh.
4. Golongan pemegang kad OKU (bayaran percuma).
4. Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas)
5. Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun.
5. Pelajar ijazah sarjana muda luar negara berumur kurang 21 tahun.
6. Pemohon yang berada dalam senarai hitam @ blacklist dengan syarat mempunyai surat pelepasan sementara drpd agensi berkaitan.
7. Jemaah Haji.
8. Pasport lama menggunakan No.Pengenalan selain No. Mykad/Mykid. Contohnya no. Sijil Lahir.
Semoga bermanfaat!
p/s: Kalau korang masih memegang myKad lama semasa pergi memperbaharui atau pungut pasport,seeloknya tukar dahulu kepada myKad baru. 😄

Ulasan
Catat Ulasan